Kantoi curang dengan anggota polis, isteri pecut kereta bila kena terjah dengan suami
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok mendedahkan detik-detik mendebarkan ketika dia berjaya mengekori isterinya yang sedang menaiki kereta bersama seorang anggota polis.
Apa yang mengejutkan, petugas PDRM itu didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan wanita tersebut.
Tidak tertahan lagi rasa kecewa di hati, lelaki yang menggelar dirinya dengan nama Angah segera turun dari kereta dan merakam situasi tegang itu.
Terjahan tersebut dilakukan di sekitar kawasan sebuah pondok polis yang mana petugas-petugas lain turut berada di situ.
Walaupun cuba ditenangkan, amarah yang dirasakan oleh Angah semakin membuak-buak.
Angah terus mendesak agar pintu kereta jenis Myvi itu dibuka, namun isterinya telah mengunci dari dalam.
Berdasarkan keterangan yang disertakan di ruangan kapsyen, Angah berkata dirinya mula mengetahui tentang perselingkuhan tersebut daripada pemberitahuan orang lain.
Kini khabar angin berkenaan terbukti benar di hadapan mata kepalanya sendiri.
Tak lama kemudian, isterinya terus menekan pedal kereta dan beredar dari situ.
Meskipun pahit untuk diterima, Angah memanjatkan rasa syukur kerana semua doa-doanya kini dimakbulkan Allah.
Segala petunjuk mengenai perselingkuhan isterinya kini terjawab dengan sangat nyata.
@angahtowing7 terima kasih ya Allah ..dgn petunjukmu.doaku dimakbulkan.sekadar kongsi untuk pengajaran.org dok mai cerita kata isteri hg ada hubungan sulit dengan anggota polis .dah terbukti..terima kasih ya Allah..doa dimakbulkan .. #fypシ #pdrmmalaysia #pdrmterbaik🇲🇾 #bukitaman #ketuapolisnegara #kpn #tatatertib #kdn #fyp #fyp