Jururawat buat live, sempat baca komen masa jahit pesakit bersalin Czer

Jururawat buat live, sempat baca komen masa jahit pesakit bersalin Czer
Dua jururawat teruk dikecam gara-gara membuat siaran langsung (live) TikTok ketika bertugas.
Rakaman tular menunjukkan dua jururawat lelaki terbabit membuat siaran langsung ketika berada di dalam dewan bersalin.
Lebih mengejutkan, mereka turut menunjukkan proses menjahit luka seorang pesakit yang baru sahaja selesai melahirkan bayi secara pembedahan caesarean (czer).
Dalam siaran yang sama, jururawat itu mendedahkan jantina bayi yang baru dilahirkan sambil membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.
“Bayinya sudah keluar. Tinggal jahit saja. Anak lelaki,” ujar salah seorang jururawat itu sambil rakannya bekerja di bahagian belakang.
Malah, jururawat itu menganggap tindakannya tidak salah memandangkan wajah pesakit tidak kelihatan.
Kejadian dilaporkan berlaku di Jombang, Indonesia.
Ekoran kejadian itu, dua jururawat berkenaan dipecat pada Rabu atas kesalahan melanggar kod etika pekerjaan.
Pengarah Hospital PKU Muhammadiyah Mojoagung, Dr Dwi Rizki Wulandari mengesahkan dua pelaku yang dikenali sebagai K dan R merupakan petugas pusat perubatan itu.
“Kami menyeru kepada semua petugas perubatan supaya lebih bijak menggunakan media sosial. Kepercayaan pesakit adalah sesuatu yang amat berharga dan perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab,” kata Dr Dwi Rizki.