Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri umum bercerai selepas 10 tahun bersama
Pereka fesyen terkenal dan usahawan, Datuk Jovian Mandagie memaklumkan bahawa telah bercerai dengan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri pada Ogos lalu.
Berita tersebut dikongsi sendiri oleh Jovian menerusi Instagramnya dengan menyatakan bahawa perkahwinan mereka yang terbina 10 tahun lalu telah berakhir secara baik dan memilih untuk menjadi sahabat buat selamanya.
Namun begitu, mereka akan memastikan kebahagiaan puteri tunggal mereka, Jeanelle Nika Mandagie, 6, menjadi keutamaan.
“Some marriages are special and were made to last a lifetime, but ours is special for it has evolved into friendship that will last a lifetime.
“In August, we mutually decided to end our 10-year marriage for reasons we believe are best. We’ve discovered that as friends and co-parents to Jeanelle, we share a different kind of love that we have come to appreciate.
“Ensuring Jeanelle’s happiness remains our top priority, and so far, we’ve been doing wonderfully, Alhamdulillah,” tulis Jovian.
Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.