Jalin hubungan cinta selama 6 bulan, Asyraf Khalid bongkar saat pertemuan Nabila Razali dan suami

Jalin hubungan cinta selama 6 bulan, Asyraf Khalid bongkar saat pertemuan Nabila Razali dan suami

Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid berjaya mencuri tumpuan selepas membuat perkongsian di laman TikTok miliknya.

Setelah sekian lama menyimpan rahsia, Asyraf yang juga merupakan seorang ahli perniagaan itu akhirnya membongkarkan kisah cinta penyanyi sensasi, Nabila Razali.

Melangsungkan perkahwinan selepas enam bulan berkenalan, Asyraf rupanya orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Nabila dengan suaminya, Nik Iruwan Izani.

Dedah lelaki berusia 31 tahun itu, perkenalan pasangan dua sejoli tersebut bermula apabila dia menjemput Nabila dan Iruwan untuk hadir ke majlis sambutan hari jadinya.

“Saya sudah beritahu, ingin memperkenalkan mereka berdua antara satu sama lain. Nik datang tepat pada masanya dan kelihatan sangat segak. Tetapi sekitar jam 9.30 malam, Bella (Nabila) masih tidak nampak bayang.

“Jadi saya menghantar gambar kami berdua kepada kepada Bella, mengatakan kami sedang menunggunya. Bella sangat pemalu, tetapi nasib baik dia rapat dengan sepupu saya.

“Sepupu saya akhirnya berjaya meyakinkannya untuk datang. Tidak sampai enam bulan, mereka sah bergelar suami isteri. Masya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

@tunasyrafkhalid

So happy for this 2 lovebirds. It all started when we met at an openhouse, and i asked Nik, ‘Nik, who’s your girlfriend now? He said, ‘i’m single, i want to settle down, but i want to find a good girl.’ 2 days after that, coincidentally, i met Bella at another open house, and i asked her the same question. She said she’s still single and she’s too busy to find a boyfriend. For some reason, Nik came in my mind, and I straightaway told Bella about Nik. Then a few days after, i hosted my birthday, and i told both of them i wanted to introduce them to one another. Nik came on time and looking sharp, but at around 9.30, Bella still didn’t show up. So i sent our picture to Bella saying we’re waiting for her. She was so shy, but luckily she’s quite close to my cousins, and my cousins also managed to convince her to come. Less than 6 months after that, today, they are officially husband and wife. Mashaallah. Congratulations @nikiruwan & @nabila.razali on getting married. I pray that Allah will grant both of you happiness til Jannah. Being married is not easy, but with the right partner, everything is going to be worth it.

♬ Hanya Kamu (Chorus) – For TikTok / Meta only – Nabila Razali

“Saya bertanya kepada Nik, siapa teman wanita awak sekarang? Dia jawab, saya single. Katanya mahu berkahwin tetapi perlu mencari wanita yang betul-betul sesuai.

“Dua hari selepas itu, saya bertemu Bella secara kebetulan dalam majlis rumah terbuka yang lain dan bertanyakan tentang soalan yang sama. Bella menyatakan dirinya masih bujang.

“Katanya terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Secara tiba-tiba, Nik berada di dalam fikiran dan saya terus bercerita kepada Bella mengenai dia (Nik).” Ulasnya.

Terdahulu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada Sabtu lalu (18 November).

Dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang, penyanyi tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM22.50.

Selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah dengan sekali lafaz, pasangan berkenaan bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran.