Isu tukar speaker: Rashid ‘kunci mulut’, enggan ulas

Isu tukar speaker: Rashid ‘kunci mulut’, enggan ulas

 

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon enggan mengulas berhubung 15 usul yang meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ditukar.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sebaliknya beliau berkata, perkara itu harus dijelaskan oleh Azhar Azizan sendiri apakah tindakan yang wajar diambil terhadap usul berkenaan.

“Kenyataan dikeluarkan Speaker, boleh berhubung dengan beliau,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar itu melaporkan, sebanyak 15 usul dikemukakan Ahli Parlimen yang mahu Azhar Azizan ditukar, telah ditolak.

Laporan berkenaan yang memetik sumber mendakwa, usul berkenaan diketepikan daripada dibahas pada sidang Parlimen yang dijadual bermula 13 September hingga 12 Oktober ini.

Bagaimanapun, Azhar Azizan dalam kenyataan hari ini menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan atau mengambil bahagian berhubung usul pertukaran jawatan Speaker.

Malah katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Timbalannya iaitu Mohd Rashid.

Sumber: Malaysiapost