“Tiada lagi husbento, kidsbento saja” – Isteri dicurangi suami walau gigih sediakan bekal setiap hari

“Tiada lagi husbento, kidsbento saja” – Isteri dicurangi suami walau gigih sediakan bekal setiap hari
Perkahwinan seorang content creator bertemu titik noktah apabila suaminya memilih untuk mengkhianatinya dengan berlaku curang walaupun dia rajin ‘menjaga perut’ dengan menyediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak setiap hari.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita tersebut memuat naik video mengatakan bakal memulakan kehidupan baru bersama tiga anaknya di kampung.
Katanya, selepas ini tiada lagi video bekal untuk suaminya malah akan difokuskan kepada bekal makanan anak-anak.
Wanita tersebut dikenali ramai kerana rajin menjaga perut suaminya dengan melakukan video penyediaan bento atau bekal makanan untuknya pergi ke kerja.
@suri.diary No more husbento.. kidsbento saja lepas ni #lifegoeson#momofthreekids #balikkampung #newlifebegins #newlife
Perkongsian video itu mendapat perhatian daripada warganet apabila jumlah tontonan mencecah hampir 3 juta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap perkara yang menimpa wanita itu.
Warganet turut menitipkan doa agar urusan wanita itu bersama anak-anaknya dipermudahkan pada masa akan datang.