Wanita menyesal beli Honda City dengan gaji RM4.3k sebulan, anggap kesilapan terbesar dalam hidup
Wanita menyesal beli Honda City dengan gaji RM4.3k sebulan, anggap kesilapan terbesar dalam hidup
Kadang-kadang peribahasa alah membeli menang memakai tidak patut diikuti jika merasakan diri masih tidak mampu menanggung kos yang besar di kemudian hari seperti kereta atau rumah.
Menerusi akaun X @ammarFRS, dia berkongsi luahan seorang wanita yang mendakwa pembelian kereta Honda City adalah satu kesilapan terbesar yang pernah dilakukan dan sangat menyesal dengan tindakan tersebut.
“Wanita, 29 tahun. Gaji kasar RM4,300. Saya buat satu kesilapan besar sebelum ini iaitu membeli Honda City”, luahnya.
Katanya lagi, walaupun masih dalam proses pemulihan dari segi kewangan, baki simpanan peribadi semakin berkurangan.
Malah, dari ke bulan ke bulan sudah tidak mampu menabung lagi yang dipercayai kerana banyak kos tersembunyi selepas pemilikan Honda City selepas itu selain bayaran pinjaman.
“Sangat teruk di dalam kewangan. Tolong beri sedikit nasihat”, keluh wanita terbabit.
Pemilik ciapan yang juga berkemahiran dalam kewangan langsung berkongsi sebab kewangan seseorang boleh benar-benar terjejas selepas pembelian kereta adalah tidak memikirkan kos overhed yang mendatang selepas itu.
Selain ansuran bulanan, anda juga sepatutnya memikirkan kos lain seperti minyak, cukai jalan dan insuran, parkir, servis dan selian berkala dan juga pembaikian kecemasan.
Dalam pada itu, dia menasihati orang ramai untuk mendapatkan kenderaan yang harganya tidak melebihi gaji selama 12 bulan masing-masing.
Hal ini bagi memastikan aliran kewangan anda lebih terjamin dan mampu membayar segala kos keperluan sewaktu pemilikan.