Hari ini rekod baru untuk kes Covid-19 dan BID, kematian cecah 15 ribu orang, akhirnya kematian dihujung terowong

Hari ini rekod baru untuk kes Covid-19 dan BID, kematian cecah 15 ribu orang, akhirnya kematian dihujung terowong

 

1- Hari ini satu rekod baru kematian dicatatkan, Lebih 15 Ribu Kematian dicatatkan..lebih 393 Pesakit Meninggal Dunia dalam tempoh 24 Jam, hanya 7 lagi angka kematian untuk kematian lebih 400 pesakit dalam satu hari.. Lebih menakutkan BID (Brougt In Dead) kematian luar Hospital yang menurun sebelum ini kembali melonjak kepada 100 Kes sehari..

2- Kematian diluar hospital juga catat rekod baru hampir 30% dari keseluruhan jumlah kes, Lebih membiimbangkan, Kematian luar hospital ini sudah berlaku diluar lembah Klang, Memang benar seakan kes di ICU menurun, Kematian kekal diparas bahaya..

3- Inilah yang jadi kebimbangan aku bila Kerajaan membenarkan rentas Negeri, Daerah pada 10Hb yang lalu, Sekarang ia adalah akibat dari dasar Kerajaan 2 Minggu lalu.. Bayangkan, Kes Kematian dan BID kini akibat varian Delta telah melepasi tembok Lembah Klang..

4- Aku takda masalah jika Dine In, Ekonomi dibuka dalam lokaliti setempat.. Tapi bila kelonggaran diberikan kepada mereka yang dah Divaksin untuk rentas Negeri dan Daerah, Lihatlah angka yg dciatatkan di Negeri negeri lain…

5- Perak umpamanya, Sebelum Fasa kedua Pemulihan kes hanya dibawah 200 Kes, Hari ini telah melepas angka 1 Ribu.. Kedah, Sabah hatta Sarawak yang dah capai Immunity kelompok berlaku Lonjakan kes, kematian di Johor tinggi pada setiap hari..

6- Kenapa kes luar Lembah Klang lebih menakutkan ? Sebab kebanyakan kes bukan dari Kluster Kilang dan Industri, Tetap Komuniti.. Ia membawa maksud, Setiap dari rakyat bole dikatakan menjadi pembawa dalam komuniti dan Keluarga..

7- Jadi apa guna fasa Pemulihan Kerajaan ? Apa guna beralih ke Fasa 2 atau 3, Tidak ada beza.. Ancaman dan Kematian kekal sama.. Apa boleh buat, Apa yang berlaku dari tindakan orang yang Gagal dan hari ini dilantik sebagai PM..

Kalau orang Luar Negara pun pening.. Gagal dalam tugas dan Portfolio dia, Tapi diangkat jadi PM.. Ni betul betul Gila.. 🙂

Ipohmali

Sumber: Ahmad Muslim Badawi Badawi