Harga iPhone di Malaysia dijangka cecah RM10,000

Harga iPhone di Malaysia dijangka cecah RM10,000

 

Harga iPhone di Malaysia dijangka cecah RM10,000

Harga iPhone dijangka akan melonjak sehingga ke paras RM10,000 dengan tarif baharu dikenakan Trump ke atas China.

Donald Trump baru baru ini mengumumkan tentang kadar tarif baharu dikenakan Amerika Syarikat kepada negara negara yang berdagang dengannya.

Menurut The Edge, bermula 9 April ini, barangan dari Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 24% apabila masuk ke pasaran AS.

Langkah ini sebahagian daripada polisi “reciprocal tariff” (tarif balas) yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump, yang mendakwa bahawa banyak negara, termasuk Malaysia, mempunyai halangan perdagangan tidak adil seperti cukai tempatan dan amalan mata wang yang menyukarkan produk AS bersaing.

Malay Mail meramalkan bahawa produk kesukaan ramai keluaran Apple mungkin akan naik sehingga 43% peratus daripada kos sedia ada.

Hal ini kerana kebanyakan iPhone dihasilkan di China yang terkesan dengan tarif 54%.

Produk keluaran Apple terutamanya iPhone adalah salah satu produk kegemaran rakyat Malaysia. Dan kini peminat iPhone sudah boleh bersedia dengan kenaikan harga luar biasa.

Sebagai perbandingan untuk varian iPhone 16 yang paling murah dijual pada tanda harga USD799 atau sekitar RM3,530.00.

Dan berdasarkan tarif baharu itu, ianya bakal menjadi USD1,142 atau sekitar RM5,067.

Apple harus menanggung kos jika mereka mahu mengawal harga produk mereka untuk memastikan kuantiti jualan mereka tidak terlalu terjejas.

Seterusnya, berdasarkan kiraan awal tarif yang dikenakan ke atas China oleh pentadbiran Trump, iPhone 16 Pro Max dengan versi 1TB storan ketika ini pada harga runcit dicadadangkan (RRP) USD1,599 atau sekitar RM5,142.00. Dan kenaikan tarif akan membuatkan telefon tersebut melonjak kepada harga USD2,300.00 atau sekitar RM10,205.00 jika kenaikan 43% berlaku.

Buat masa ini Apple masih belum memberikan sebarang komen tentang harga iPhone dan produk mereka berdasarkan tarif baharu yang dikenakan ke atas negara negara lain oleh Trump.

Apapun  buat masa itu, ia hanyalah ramalan pakar ekonomi berkaitan dengan harga iPhone pada ketika ini.