Pernah jadi teman istimewa, hantaran Sherry Ibrahim buat Fattah Amin undang pelbagai reaksi netizen
Pelakon wanita, Sherry Ibrahim titip doa buat Fattah Amin selepas tular berita tentang penceraian aktor berkenaan dengan selebriti ternama, Fazura.
Menerusi posting yang dibuat oleh Sherry, dia berharap agar Fattah kuat dalam mengharungi ujian ini dan menerima takdir yang ditentukan dengan tabah.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar Fattah dapat menguatkan diri demi anaknya, Fatima Aisya, ibu bapa dan adik beradik yang lain dimana mereka sentiasa ada disisi.
Ujarnya, walaupun perjalanan hidup tidak selamanya indah, namun pasti akan ada jalan terbaik di masa hadapan.
“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, InsyaAllah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik,” tulisnya.
Di akhir perkongsian tersebut, Sherry berharap agar Fattah dapat terus bangkit dan melihat kehadapan serta medoakan supaya aktor tersebut dipermudah segala urusan.
Posting berkenaan telah mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi ada netizen yang tidak tahu tentang hubungan mereka yang mana pernah menjadi pasangan kekasih pada masa dahulu.
Walaupun ada yang berasa kurang senang dengan posting yang dibuat oleh Sherry, namun ramai juga yang menjelaskan tidak salah jika sahabat lama mendoakan yang terbaik buat Fattah.
Sekadar info, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Amin pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Sherry Ibrahim atau Syarizad Ibrahim, 41 sekitar tahun 2014-2016.
Walau bagaimanapun, hubungan mereka terputus ditengah jalan namun mereka tetap berkawan baik selepas itu.