Lelaki pilih berpisah secara baik selepas kekasih minta hantaran RM50,000

Lelaki pilih berpisah secara baik selepas kekasih minta hantaran RM50,000

 

Lelaki pilih berpisah secara baik selepas kekasih minta hantaran RM50,000

Seorang lelaki memilih untuk menamatkan hubungannya secara baik selepas diminta menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000 yang dianggap di luar kemampuan kewangannya.

Menerusi perkongsian oleh @Zafreezaharidan di Threads, dia memuat naik tangkap layar perbualan di WhatsApp antara dirinya dan bekas kekasih yang menunjukkan keputusan untuk berpisah secara baik.

“Saya faham, nak menolak seseorang itu memang susah sebab mengecewakan orang bukan sesuatu yang baik. Tapi terus mengecewakan dalam jangka masa panjang adalah lebih menyakitkan.

“Tahun lalu saya pernah menolak seseorang dan beginilah cara saya melakukannya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dia menyatakan dengan jujur bahawa permintaan hantaran tersebut adalah terlalu tinggi dan berharap wanita tersebut bertemu jodoh yang mampu memenuhi permintaanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan perdebatan hangat dalam kalangan orang ramai, dengan kebanyakan memuji kejujurannya menolak wanita tersebut.

“Ini lagi bagus daripada jangka masa panjang gaduh tentang masalah kewangan. Tidak salah pun sesi kenal mengenal malah dah tunang masih boleh putus, kata @Nurfitrah530.

“Bagus lelaki itu dapat bagitahu dengan cara yang baik. Saya setuju dekat situ dah nampak seperti tidak sekufu jadi seeloknya berpisah sahaja. Biar sakit sekarang dari merana sepanjang hidup, kata @Maikenieh.

“Dalam ekonomi yang macam ini RM 50,000 adalah terlalu berlebihan. Nanti akan letak beban dekat lelaki dengan keluarganya, kata @Elliehamed.