Apa punca Donald Trump halau 435 rakyat Malaysia di Amerika Syarikat?

Apa punca Donald Trump halau 435 rakyat Malaysia di Amerika Syarikat?

 

Apa punca Donald Trump halau 435 rakyat Malaysia di Amerika Syarikat?

Lebih 400 rakyat Malaysia kini berada dalam senarai penghuni haram yang bakal dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS) ekoran kempen ketat imigrasi di bawah pentadbiran baharu Donald Trump.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh US Immigration and Customs Enforcement (ICE), seramai 435 rakyat Malaysia telah menerima final deportation orders (notis akhir penghantaran pulang) dan kini berada dalam senarai non-detain docket ICE.

Data ini, yang dikeluarkan pada November 2024, mendedahkan bahawa sejumlah 1,445,549 bukan warganegara AS dari pelbagai negara telah menerima notis yang sama.

Rakyat Malaysia berada dalam kategori pertengahan antara negara-negara yang terjejas oleh kempen penguatkuasaan imigrasi ini.

Isu ini kini menjadi tumpuan hangat di media sosial, terutamanya memandangkan pentadbiran Trump yang baru sahaja memulakan penggal kedua mereka di Rumah Putih.

Final deportation order bermakna individu terbabit telah kehabisan semua pilihan undang-undang untuk kekal di AS.

Namun, menurut dokumen ICE, masih ada beberapa cara untuk mereka yang bukan warganegara AS kekal di negara itu walaupun menerima notis penghantaran pulang.

Antaranya:

  1. Memohon Perlindungan atau Suaka – Individu boleh memohon suaka, menangguhkan pemindahan, atau perlindungan di bawah Convention against Torture. Jika permohonan mereka diluluskan, ICE tidak boleh menghantar mereka pulang.
  2. Kerjasama Kerajaan Asal – AS memerlukan kerjasama kerajaan negara asal untuk mengesahkan kewarganegaraan individu terbabit dan mengeluarkan dokumen perjalanan.

Menurut laporan ICE, kerjasama dari kerajaan asal adalah kunci dalam proses penghantaran pulang.

“Ketiadaan kerjasama dari kerajaan asal boleh melambatkan atau menghalang proses penghantaran pulang,” jelas dokumen tersebut.

AS meminta kerajaan untuk:

  1. Mengesahkan kewarganegaraan individu terbabit melalui temu duga.
  2. Mengeluarkan dokumen perjalanan dengan segera.
  3. Menerima kepulangan warganegara mereka melalui penerbangan komersial atau sewaan.
  4. Jika kerajaan asal tidak bekerjasama, negara tersebut mungkin akan diklasifikasikan sebagai “tidak bekerjasama” atau berisiko untuk tidak mematuhi permintaan AS.

Menurut Vocket, setakat ini tiada kenyataan rasmi dari Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai isu ini.

Namun, sebagai negara yang prihatin terhadap kebajikan rakyatnya, diharapkan kerajaan akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan hak dan keselamatan rakyat Malaysia.