“Saya akan lepaskan dengan cara baik, jangan anak-anak jadi mangsa keadaan” – Hafiz Suip
“Saya akan lepaskan dengan cara baik, jangan anak-anak jadi mangsa keadaan” – Hafiz Suip
“Kami sudah tidak sebumbung sebab dalam proses cerai.”
Demikian luahan penyanyi Hafiz Suip berkenaan hubungan dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah sekali gus meleraikan teka-teki kemelut rumah tangganya.
Hafiz atau nama lengkapnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, memaklumkan kini mereka sedang berbincang tentang hak penjagaan anak-anak sekiranya ditakdirkan berpisah selepas ini.
“Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai.
“Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya dalam sebuah temu bual.
Dalam masa sama, pelantun lagu Awan Nano itu bersedia untuk melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman lagi.
“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.
“Kalau dah memang kami sudah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.
“Tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” ujarnya.
Sebelum ini, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu dikatakan menghilangkan diri susulan tindakan menyahaktif atau ‘deactived’ akaun Instagram miliknya.
Sekali gus, situasi terbabit seakan memberi petanda rumah tangganya dengan isteri sedang dilanda masalah.
Hafiz menyunting Nureffy sebagai isteri pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.