“Ini rahsia kita” – Guru rogol pelajar tahfiz 10 kali, sempat pesan jangan lupa mandi wajib

“Ini rahsia kita” – Guru rogol pelajar tahfiz 10 kali, sempat pesan jangan lupa mandi wajib

 

“Ini rahsia kita” – Guru rogol pelajar tahfiz 10 kali, sempat pesan jangan lupa mandi wajib

Helah licik seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah agama berjaya dibongkar.

Suspek berusia 45 tahun yang dikenali sebagai ARG itu dikatakan menyetubuhi seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun sebanyak 10 kali dari tahun 2023 hingga Disember 2024.

Kejadian difahamkan berlaku di kediaman suspek yang terletak berhampiran Pusat Tahfiz Darul Ilmi di Tasikmalaya, Indonesia.

Ketua Balai Polis Tasikmalaya, Faruk Rozi berkata mangsa diperdaya oleh suspek yang mengajaknya datang ke rumah untuk membantu melakukan kerja pembersihan.

“Suspek mempelawa mangsa ketika sedang di tahfiz. Mangsa yang tidak menyedari niat buruk suspek terus bersetuju.

“Setelah selesai membersihkan rumah, suspek secara mengejut mengendong mangsa dan membawanya masuk ke dalam bilik tidur. Di situ mangsa dirogol sehingga kesuciannya diragut.

“Setelah melakukan hubungan seks secara paksa itu, suspek meminta mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan… ini adalah rahsia kita.

“Malah suspek sempat mengingatkan mangsa untuk mandi wajib. Suspek kemudian melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali dengan mangsa sama,” ujarnya.

Menyedari perkara yang berlaku itu adalah salah, mangsa akhirnya melaporkan kejadian kepada pihak polis pada 6 Januari 2025.

Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga 15 tahun.