Guna kabel nenek, Nabil berjaya bergambar dengan Lee Zii Jia
Penyampai radio dan pengacara, Nabil Ahmad menggunakan ‘kabel’ nenek Lee Zii Jia dan dapat bergambar dengan pemain badminton negara itu.
Nabil hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Zii Jia Lee beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
“Yes! Yes! Menggunakan ‘kabel’ nenek, kita berjaya!” kata Nabil dalam video yang dimuat naik di Instagram Era.
Nabil sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama Lee dan juga neneknya.
Lee Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula sebelum itu menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa.