Guna 5 nama berbeza, lelaki ini didakwa scam ramai wanita dengan ‘kisah sedih’

Guna 5 nama berbeza, lelaki ini didakwa scam ramai wanita dengan ‘kisah sedih’

 

Boleh dikatakan zaman sekarang ini kes rakyat ditipu oleh scammer memang banyak.

Selalunya yang tertipu dengan pujukan scammer ini adalah di kalangan wanita, lagi-lagi jika menggunakan aplikasi dating.

Menurut BNara, seorang wanita mendedahkan penipuan individu ini yang telah menipu ramai wanita dengan menggunakan nama-nama yang berbeza iaitu Brian Wee Beng Swee,  Martin Wee, David Tan, David Ong, David Martin).

Antara tipu helah untuk ‘memancing’ wanita adalah dengan menjaja cerita sedih dirinya ditipu hingga kehilangan banyak wang, dicurangi bekas kekasih, teman wanita hidap kanser dan antara penipuan yang sering digunakan adalah bertapa setia dirinya terhadap bekas kekasih.

Bahkan, akan sambung dengan penipuan dia ditipu dengan rakan kongsi di Sarawak dan hampir mengambil nyawa sendiri kerana terlalu tertekan.

Disebabkan kisah-kisah yang dikongsikan, ramai wanita rasa simpati atas segala yang dilalui oleh individu tersebut.

Lagi meyakinkan wanita-wanita terbabit kerana lelaki itu ‘sangat baik’ hinggakan keluarga juga menyukai dengan sikapnya.

Selalu nak jumpa keluarga walaupun baru kenal supaya boleh tipu dua-dua pihak iaitu wanita yang tertipu dan juga keluarga wanita tersebut.

mesej lelaki scam wanita

Dalam pada masa yang sama, individu itu turut sering menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat merendah diri dan ‘mudah’ kerana sering menaiki public transport tetapi semakin lama akan meminjam kereta wanita yang sedang dikenali.

Hubungan yang terjalin akan mula ‘senyap’ apabila lelaki itu sering beri pelbagai alasan jika mahu berjumpa antaranya perlu ke luar negara atas urusan kerja, bekas rakan kerja sakit kritikal, dirinya sakit tenat dan selepas itu hilang selamanya.