Group FB didakwa jadi ‘port’ pedofilia, gambar budak sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

Group FB didakwa jadi ‘port’ pedofilia, gambar budak sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

 

Group FB didakwa jadi ‘port’ pedofilia, gambar budak sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

Di zaman media sosial ini, boleh dikatakan hampir semua perkara boleh dijadikan konten sampai ada yang sanggup guna gambar pelajar sekolah untuk tujuan yang tak berfaedah

Perkara sebegini seharusnya diambil serius kerana melibatkan golongan bawah umur.

Baru-baru ini, tular di laman X selepas netizen mendedahkan kewujudan satu group Facebook yang sangat meragukan dan menjijikkan.

Menurut sumber, group tersebut terdiri daripada kaum lelaki daripada pelbagai peringkat usia yang berkongsi gambar gadis bawah umur dan dijadikan bahan perbualan.

Malah, ada yang mendakwa mereka kerap meninggalkan komen berunsur lucah setiap kali gambar pelajar sekolah dimuat naik.

Susulan daripada pendedahan ini, netizen tampil mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera untuk mengambil tindakan tegas untuk menutup group berkenaan.

Dalam era digital yang serba moden, masyarakat juga perlu lebih berwaspada dan peka terhadap ancaman seperti ini agar ia dapat dicegah dengan segera sebelum menjadi lebih serius.

Lebih membimbangkan, kumpulan seperti ini bukan sahaja merosakkan nilai moral masyarakat, malah turut berpotensi menjadi platform kepada scammer untuk mengenal pasti dan memerangkap mangsa.

Image from @hrfuturesnq (X)

Image from @hrfuturesnq (X)

Image from @hrfuturesnq (X)

Isu seperti ini tidak boleh dipandang remeh. Tindakan segera perlu diambil bagi memastikan keselamatan dan maruah pelajar sekolah sentiasa terpelihara.