“Gerak ke Teluk Intan” – Tular video momen terakhir anggota FRU sebelum nahas undang sebak

“Gerak ke Teluk Intan” – Tular video momen terakhir anggota FRU sebelum nahas undang sebak

 

“Gerak ke Teluk Intan” – Tular video momen terakhir anggota FRU sebelum nahas undang sebak

Sebuah video yang dimuat naik salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 merakam suasana dalam kenderaan PDRM itu mengundang rasa sayu warganet.

Dalam video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, itu memaparkan rakan-rakan seperjuangan sedang berbual mesra dan sempat tersenyum ke arah kamera.

Difahamkan, pasukan tersebut dalam perjalanan menghadiri penugasan di Teluk Intan malah, dalam status berikutnya, mangsa turut memuat naik suasana di sekitar Menara Condong Teluk Intan sebelum insiden berlaku.

Seorang pengguna media sosial dengan nama akaun Home Cook Mila berkata, warganet sekali lagi dikejutkan dengan kesedihan insiden melibatkan pasukan keselamatan selepas kisah kemalangan melibatkan anak gajah di Gerik.

“Sedihnya….sebak dada…Al Fatihah dan salam takziah buat semua mangsa yang terkorban…kesedihan anak gajah dilanggar lori tak abis lg. Hari ni (hari ini) 9 org sekali ALLAH ambil semula…pengorbanan wira-wira..pengorbanan bapa-bapa…tetap dikenang sampai bila-bila…,” katanya.

Perasaan sama turut dikongsikan oleh Shapiee Penternak Kucing yang turut melahirkan rasa sedih dengan insiden tersebut.

“Ya ALLAH ya Tuhanku…. Kesedihan semalam belum terubat lagi…. muncul pula kesedihan baru. Semoga yang terkorban ditempatkan bersama orang- orang yang beriman disyurga firdausi. Yang cedera pula diberi kesembuhan dan dpt jalani kehidupan seperti sediakala,” katanya.

@namrunchannel

Salam Takziah kepada keluarga anggota yang terlibat 🥺🤲🏻 #FRU #Unit5 cc status ws: @wafiannuar_⚽️

♬ original sound – Abam_JiwangkapaK – Abam_JiwangkapaK

Media melaporkan polis telah mengenal pasti identiti sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di KM15, Jalan Sungai Manik di Teluk Intan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kesemua anggota lelaki berusia 28 hingga 46 tahun itu dalam perjalanan pulang selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Kenderaan FRU Unit 5 Sungai Senam itu telah dirempuh sebuah lori bermuatan batu kerikil akibat mengalami kegagalan fungsi stereng.