Gara-gara posting ‘Nilai 3 di Selangor’, pemilik akaun Facebook N9 Radar disiasat

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki menyebarkan berita palsu mendakwa Nilai 3 terletak di Selangor, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata justeru pemilik akaun dikenali sebagai ‘N9 RADAR’ itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
“Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan, dan bukan terletak di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, dakwaan yang tular dalam media sosial itu boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. – Bernama