Gaji besar tapi hujung bulan dah ‘kering’, rupanya ini sebabnya

Gaji besar tapi hujung bulan dah ‘kering’, rupanya ini sebabnya

 

Gaji besar tapi hujung bulan dah ‘kering’, rupanya ini sebabnya

Setiap kali gaji masuk, kebanyakan kita akan senyum sampai ke telinga.

Tapi apabila tibanya hujung bulan, baki dalam akaun bank tinggal dua angka saja sehingga terpaksa mengikat perut malah lebih teruk, terpaksa berhutang.

Lebih mengejutkan apabila ramai yang bergaji lebih RM5,000 sebulan, tapi tetap ‘kering’ setiap hujung bulan.

Soalnya, ke mana ‘hilangnya’ wang beribu-ribu tu sehingga tiada sedikit pun simpanan untuk waktu kecemasan?

Seorang pelayar Facebook, Nur Aliah Mohd Nor tampil berkongsi lima punca utama gaji cepat ‘surut’ sebelum hujung bulan:

1. Duit masuk je, terus rasa deserve berbelanja sebagai reward 

– Ada yang suka makan di restoran mewah, membeli barangan berjenama atau melancong secara kerap. Namun, tabiat ini jika tidak dikawal, boleh memberi kesan negatif terhadap kewangan jangka panjang. Tidak salah untuk reward diri tapi elakkan berbelanja berlebihan, tanpa mengambil kira kemampuan sebenar.

2. Upgrade gaya hidup

– Ada individu yang jenis bila gaji naik, gaya hidup pun serta merta berubah. Perubahan gaya hidup yang drastik tanpa perancangan kewangan yang teliti boleh membawa kepada masalah kewangan, walaupun pendapatan bulanan kelihatan mencukupi.

3. Campur duit dalam satu akaun

–  Tanpa pengasingan antara wang simpanan, perbelanjaan harian dan komitmen tetap, sukar untuk seseorang mengesan ke mana wang mereka dibelanjakan. Akibatnya, ramai yang berasa seperti gaji mengalir seperti air dan gagal membuat simpanan secara konsisten.

4.  Tak pernah catat duit keluar

– Salah satu tabiat buruk kebanyakan orang adalah tidak mencatatkan aliran keluar masuk wang. Tanpa rekod yang jelas, perbelanjaan harian menjadi sukar dikawal dan sering kali, individu tidak sedar berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak perlu.

5. Hanya menyimpan bila ada duit lebih

– Ramai beranggapan bahawa menyimpan adalah sesuatu yang boleh dilakukan bila-bila masa atau apabila ada lebihan wang. Namun, tabiat ini menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menabung secara konsisten. Menyimpan atau menabung harus menjadi satu amalan tetap, tanpa mengira jumlah wang yang ada.