“Flat T20 ke ni?” – Rider berang pagar jeriji berkunci halang laluan untuk hantar makanan

“Flat T20 ke ni?” – Rider berang pagar jeriji berkunci halang laluan untuk hantar makanan

 

Seorang penghantar makanan menghadapi kesukaran untuk menghantar makanan disebabkan halangan pagar jeriji besi berkunci yang dipasang di tengah-tengah laluan di sebuah flat Taman Tun Aminah, Johor Bahru, Johor.

Menerusi perkongsian video di TikTok @Amir D Luffy, pemuda itu meluahkan kekecewaannya dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri penghuni flat tersebut.

Pada video berdurasi 46 saat itu, dia meletakkan kapsyen ‘salah satu punca budak ‘delivery’ lambat hantar ‘customer’ lain (flat T20 ke ni?’.

“Aku terfikir macam mana orang yang kerja hantar perabot kalau kena situasi macam ni,” tulis pemuda itu.

Pemuda itu cuba menelefon ‘customer’ tersebut tetapi tidak diangkat dan dia terpaksa menunggu disebabkan pesanan dibuat secara pembayaran ‘cash on delivery’ (COD).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mempersoalkan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dan bersimpati dengan nasib penghantar makanan tersebut.

“Macam mana boleh kunci, kalau berlaku kebakaran akan menyusah,” kata Yukk Travel.

“Salah buat pagar macam tu. Orang flat tu boleh buat aduan kat pihak berkuasa tempatan (PBT),” kata Acoi Ketapang.

“Kesian, kenapalah menyusahkan urusan orang macam tu. Anak saya pun kerja macam awak dik. Moga Allah mudahkan urusan awak,” kata Noralimahmislan.

@amir.d.luffy

#CapCut Aku Terfikir Mcm Mana Orang Yang Kerja Hantar Perabot Kalau Kena Situasi Mcm Ni 🧐 #jdt #fyp #fypシ゚viral #fypシ #viralvideo #malaysia #creator #editor #amirdluffy #ADLdahnasihat

♬ original sound – Amir D Luffy – Amir D Luffy