Fizi Ali mengamuk, akui sudah hilang sabar dengan Shakilla Khoriri

Fizi Ali mengamuk, akui sudah hilang sabar dengan Shakilla Khoriri

 

Baru sahaja enam bulan bercerai secara baik, penyampai radio Fizi Ali hari ini dilihat ada meluahkan perasaan di beberapa hantaran Instagram Story miliknya terhadap bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Fizi yang merupakan DJ radio Suria FM, berkata dia sudah hilang sabar dengan tindakan bekas isterinya itu tetapi tidak menjelaskan dengan lanjut apakah yang telah dilakukan oleh Shakilla.

Aku hormat sebelum ini sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Kau semakin lama semakin melampau.

Luah Fizi lagi, apa yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada hidupnya sehingga ke tahap ‘jahanam’.

FIZI ALI IG STORY
FIZI ALI STORY IG
Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau. Hidup aku dah jahanam sekarang, aku hilang semua benda. Semua benda disebabkan kau. Tak sedar lagikah?

Terdahulu, pasangan ini telah mengumumkan perkahwinan yang dibina pada 18 Februari 2018 berakhir dengan penceraian pada Desember tahun lalu.

Perkahwinan telah dikurniakan dengan kehadiran seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 3 tahun.