“Mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik & terbaik..” – Fazura

“Mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik & terbaik..” – Fazura

 

“Mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik & terbaik..” – Fazura

Selebriti terkenal, Fazura tak tolak jika berumah tangga lagi di masa hadapan selepas dia kini sudah habis idah dan kembali ‘single’ selepas berpisah dengan bekas suami, Fattah Amin pada Oktober lalu.

Memetik laporan dari Mstar, Fazura dalam siaran langsung  di TikTok berharap orang ramai dapat mendoakannya bertemu dengan lelaki yang boleh menjadi suami terbaik buat dirinya.

Ujar Fazura atau nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 41, walaupun sudah kembali solo, namun fokus utama ketika ini adalah anaknya, Fatima Aisya dan juga kerjaya.

“Doakan saya, walaupun sekarang sudah single saya fokus kepada Fatima dan kejaya.

“Tapi mudah mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi semoga yang baik-baik dan terbaik untuk saya dan Fatima. Doakan okay!

“Kita tunggu jodoh sama-sama nanti ya, mudah mudahan,” luahnya.

Perkara tersebut dinyatakan pelakon berkenaan selepas ada peminat memuji penampilannya yang berseri-seri seperti mahu bernikah sewaktu bersiaran langsung bagi mempromosikan tudung keluarannya.

@aiteetalhah

Fazura berharap bertemu jodoh terbaik.#fazura #jodoh #jodohpastibertemu #nikah #fypmalaysia #fypindonesia #brunei

♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

Komen yang dibacakan pekerjanya sewaktu bersiaran langsung di TikTok telah membuatkan pelakon itu tersipu malu sebelum menjawab pertanyaan peminat dengan tersenyum lebar.

Terdahulu, pelakon filem Pendekar Awang itu telah memaklumkan dirinya sudah tamat tempoh idah apabila memuat naik gambar berpenampilan serba putih dengan meninggalkan hashtag “endofiddah” selepas bercerai talak satu dengan aktor kacak, Fattah Amin.

Sekadar rekod, Fazura dan Fattah Amin telah membawa haluan masing-masing apabila sah berpisah pada 7 Oktober 2024 di di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Mereka yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017  telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.