“Jenis muka busuk, hati busuk” – Fatin Afeefa geram netizen persoal Intan Najuwa bersalin ‘Czer’
“Jenis muka busuk, hati busuk” – Fatin Afeefa geram netizen persoal Intan Najuwa bersalin ‘Czer’
Tindakan seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan pelakon Datin Intan Najuwa melahirkan anak secara pembedahan telah mencuri perhatian bekas aktres, Fatin Afeefa.
Fatin berkata, netizen tidak berhak untuk mempersoalkan perkara tersebut dan menyifatkan kata-kata mereka sebagai jahat.
Intan czer (bedah) pun bukan dia nak. Tapi netizen yang kata ‘Alhamdulillah beranak normal, kenapa mesti czer’ itu jahat.
Jenis muka busuk, hati busuk, tuhan belum uji, sebab itu macam itu.
Komen tersebut ditinggalkan pada sebuah hantaran video di TikTok memaparkan Fatin pergi melawat Intan di hospital.
Fatin berkongsi video dia dan rakan-rakannya melawat sahabat baik mereka iaitu Intan yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama.
Menerusi perkongsian itu, Fatin dan beberapa kawannya berasa teruja dapat melihat bayi perempuan Intan yang diberi nama Imane Lunara.
Apa yang menarik perhatian juga, momen pelakon Yuna Rahim memegang tangan Intan yang dilihat dalam keadaan sebak.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja melihat persahabatan mereka.
Untuk rekod, Intan melahirkan bayi perempuannya pertamanya iaitu Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember lalu di sebuah pusat perubatan.