Nampak ayu & manis bertudung, netizen puji Fasha Sandha ‘secantik bidadari’
Nampak ayu & manis bertudung, netizen puji Fasha Sandha ‘secantik bidadari’
Pelakon jelita, Fasha Sandha menyorot perhatian warganet apabila tampil dengan imej berhijab.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik beberapa keping foto momen ketika bersama rakan artis dan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan anak kepada aktres, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail baru-baru ini.
Semasa majlis tersebut, Fasha kelihatan manis mengenakan hijab dengan baju kebaya berona hijau.
Dalam pada itu, tinjauan di IG Story pula mendapati, pelakon berusia 40 tahun tersebut turut memakai hijab semasa sambutan hari lahir anak kepada aktres Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan pelakon drama Rampas Cintaku tersebut dan berdoa agar dia tetap istiqamah dengan penampilan seperti itu.