Exco Kelantan dikecam gara-gara idea jadikan banjir produk pelancongan

Exco Kelantan dikecam gara-gara idea jadikan banjir produk pelancongan

 

Exco Kelantan dikecam gara-gara idea jadikan banjir produk pelancongan

“Luncur air dan promosi makanan tradisi musim tengkujuh.”

Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Kamarudin Md Noor yang mencadangkan agar kegiatan pelancongan di negeri itu dirancakkan ketika di musim tengkujuh.

Screenshot 2024 11 29 At 11.40.49 Am

“Rugilah orang nak jual pada musim ini tapi nak buat macam mana. Maka itu, kita cuba untuk mempromosikan musim tengkujuh sebagai musim untuk menarik pelancong untuk melawat.

Susulan itu, ramai pihak tidak bersetuju dan menganggap idea itu adalah tidak wajar memandangkan situasi ketika monsun itu berlaku, ia melibatkan banyak masalah dan kesengsaraan kepada orang awam yang berdepan situasi banjir.

 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan cadangan Exco Kerajaan Pas Kelantan yang mahu menjadi banjir sebagai produk pelancongan adalah dangkal.

Menurut beliau, banjir adalah musibah yang melibatkan nyawa, keselamatan dan kerugiaan harta benda.

“Maaf saya tidak setuju dengan cadangan Exco Kerajaan Pas Kelantan mahu menjadikan Banjir sebagai produk pelancongan. Banjir adalah musibah yang perlu ditangani dengan baik, holistik dan berkesan kerana melibatkan keselamatan, nyawa dan kerugian harta benda serta tanam-tanaman milik rakyat,”

Screenshot 2024 11 29 At 11.27.02 Am

Menjengah ke ruangan komen di pelbagai saluran media sosial, ramai mengecam malah mempersoalkan bagaimana cadangan itu boleh dikemukakan.

Seorang pengguna media sosial berpendapat, idea itu tidak sewajarnya dikemukakan di saat banjir yang ketika ini sedang mengganas.

“Tak sensitif langsung, setiap tahun banjir, mesti kita akan terbaca insan tidak berdosa meninggal dunia akibat banjir,” katanya.

Untitled Design 5

Manakala seorang lagi pengguna di TikTok turut meluahkan rasa kecewa seolah-olah kerajaan negeri Kelantan mengambil kesempatan di atas musibah yang berlaku.

“Jangan jadikan idea yang kelakar, setiap krisis ada peluang nak dapatkan wang”

Untitled Design 6

Namun ada sesetengah pihak turut menganggap apa yang dicadangkan oleh Kamaruddin itu disalah anggap oleh netizen. Bagi mereka, mungkin yang dimaksudkan oleh Exco itu hanyalah aktiviti musim tengkujuh dan bukannya ketika banjir melanda.

” Dia cakap pelancongan musim tengkujuh, bukan pelancongan bencana banjir..
Dia cadang aktiviti surfing ombak kuat musim tengkujuh dipantai, bukan aktiviti main air banjir di kota bharu..Tambah pulak promosi makanan musim tengkujuh..ikan2 sungai dan ubi kayu..Itu yg aku paham apa yg dia ckp..ke silap aku dengar?”
Untitled Design 4 E1732851541282