“Dah jadi annoying..” – DS Vida tegur Caprice, minta henti dedah aib orang

“Dah jadi annoying..” – DS Vida tegur Caprice, minta henti dedah aib orang

 

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau mesra disapa Vida minta Caprice henti dedah aib orang di media sosial, lebih-lebih lagi individu berkenaan sudah mendapat pengajaran.

Vida berkata, penyanyi Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tidak sepatutnya membuat perkongsian isu masyarakat secara berlebihan sehingga membuka aib.

Sebagai contoh, Vida mengambil isu yang membabitkan seorang pemandu bas didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sehingga mendapat perhatian penyanyi rap sensasi itu.

Vida berpendapat, pada awalnya dia faham Caprice mempunyai niat untuk memberi kesedaran, namun lama-kelamaan ia dilihat seperti membuka aib seseorang.

“Assalamualaikum, video ini saya tujukan kepada Caprice. Saya bukan nak kejutkan harimau yang sedang tidur ke apa.

“Tapi hati saya terpanggil nak beritahu pasal posting Caprice yang viral daripada asalnya nak bagi kesedaran dah jadi banyak ke arah benda yang mengaibkan,” katanya.

Menerusi sebuah rakaman video di Instagram, Vida berkata, video yang dimuat naik olehnya itu bertujuan untuk memberi nasihat dan teguran buat Caprice yang dianggap seperti adik dan rakan dalam industri perniagaan.

“Dulu bila saya nak tengok isu viral, saya tengok Instagram Caprice. Kita dapat info. Tapi kalau dah benda berlarutan, contohnya abang bas… daripada satu posting jadi dua dan tiga…jadi banyak mengaibkan. Malahan pasal abang ingat tengok budak tu kan duk jeling lagu tu.

“Tiap-tiap hari saya tengok dok up. Dah jadi annoying dan mengaibkan. Dia (Abang Bas) pun dah kena tindakan apa semua. Dah kena jamin. Mungkin Caprice boleh bagi kesedaran dalam bentuk lain pula pasal pedofil atau yang lain.

“Jadi saya ni sebenarnya berat hati nak cakap, tapi saya terpaksa. Caprice seorang yang baik yang saya kenal lama dah. Pernah belanja saya makan dan saya hormat Caprice. Sentiasa mengikuti Caprice dari dulu lagi,” ujar Vida.

Vida berkata, dia akui lebih suka melihat konten berunsurkan kekeluargaan Caprice bersama isteri dan anak-anak, bukannya menyebarkan aib seseorang di media sosial.

Pemilik nama Hasmiza Othman itu juga mengingatkan Caprice mengenai ujian yang mungkin diberikan oleh-Nya.

Tambah Vida, tindakan yang dilakukan oleh Caprice itu telah menyebabkan dia kehilangan ramai pengikut di media sosial.

“Hari ini lepas mengaji, lepas solat subuh istikarah banyak kali, sebenarnya secara jujur saya suka tengok Caprice bersama isteri dan anak. Saya rasa itu lagi sedap saya melihatnya. Ala-ala suami takut bini punya konten.

“Bukan semua orang boleh buat macam itu. Itu konten yang bagus, tapi konten yang macam seolah-olah mengaibkan orang lain, kesedaran jadi mengaibkan…saya rasa terpanggil untuk nak bagitahu cukup cukuplah buat posting begitu.

“Saya tak ada kepentingan apa-apa, saya tak kenal abang bas itu siapa. Caprice saya lebih kenal seorang yang baik dan loving. Sayang pada Caprice kalau Caprice nak dengar. Tiada maksud apa-apa atau nak mengeji. Saya follow dari 2.2 juta, lepas Caprice buat isu viral tinggal pengikut dah 1.4 juta.

“Sayang benda macam ini walaupun dapat vibes viral tapi pengikut ke mana? Nasihat jujur dan ikhlas setelah saya solat subuh, mengaji dan istikarah. Saya nampak benda ini kena suarakan. Saya minta maaf banyak-banyak. Bila dah cakap ni dah lepas,” ujarnya yang memberi teguran secara terbuka di Instagram.

Vida turut memberi penjelasan mengenai tindakannya yang tidak menghantar direct message (dm) terhadap Caprice berhubung teguran ini.

Jelasnya, teguran secara terbuka ini dibuat kerana yakin DM tidak akan berkesan melainkan bercakap secara terus dengan memuat naik sebuah video mengenai perkara berkenaan.

@datoserividaofficial

Nasihat jujur iklas dari saya 🙏🏻 #datosrivida

♬ Perwiraku teruskan berjuang – Ri Za