“Kebanyakannya pemalas” – Dr Maza kongsi pengalaman berurusan dengan ramai orang miskin

“Kebanyakannya pemalas” – Dr Maza kongsi pengalaman berurusan dengan ramai orang miskin
Persepsi ‘orang miskin malas’ bukan benda baharu, tapi kenapa ia kekal sampai hari ini?
Apabila bercakap mengenai soal kemiskinan, semestinya ia akan memberi rasa empati dalam kalangan masyarakat di samping banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan sejak dahulu lagi.
Tidak dinafikan banyak faktor yang menyebabkan kemiskinan terus berlaku tetapi hakikatnya sikap ‘malas’ adalah antara salah satunya sebab utama.
Perkara itu turut dibahas oleg Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza, yang berkongsi pengalamannya sendiri berurusan dengan golongan miskin.
Menerusi video di akaun TikTok @seruantaqwa, dapat dilihat Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin telah berkongsi pengalamannya selepas berurusan dengan orang miskin.
Beliau dengan jujur menjelaskan, kebanyakan orang miskin ini bersifat pemalas kerana sikap mereka.
“Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas,” katanya.
Menurutnya, sikap pemalas seseorang itu dapat dilihat daripada penjagaan rumah mereka sendiri. Ada yang sanggup membiarkan rumah mereka berada dalam kotor.
Malah, beliau juga memberitahu ada sesetengah individu yang hanya mewakilkan isterinya untuk pergi menerima bantuan.
Bukan itu sahaja, beliau juga mendakwa ada sesetengah individu miskin yang tidak berusaha mencari pekerjaan. Mereka dilihat lebih hanya mengharapkan bantuan yang diterima.
“Saya memang geram, mereka pemalas. Tak bangun dan bergerak cari kerja. Bangun-bangun pergi ke kedai kopi dulu sembang. Lepas itu last sekali datang minta bantuan,” ujarnya.
@seruantaqwa “Pengalaman berurusan dengan ramai orang miskin yang sebenarnya Pemalas” – Prof Dato Dr Muhd Asri Zainul Abidin #Islam #ceramahislam #ceramahpendek #drmaza #agamaislam #ceramahagama #dakwahmalaysia #islamdihatiku #tazkirahmalaysia #kembalihijrah #ilmuagama #taubatnasuha
♬ original sound – Bekalan Ilmu Akhirat – Bekalan Ilmu Akhirat