“Doakan yang terbaik” – pemimpin PH
Tiada calon Menteri Besar Perak yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi memaklumkan perkara berkenaan sejurus keluar dari perkarangan Istana Kinta, di sini, selepas selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
“Kita tidak dapat mengulas banyak, situasi sekarang ‘very fluid’, kita semua ke sini hanya untuk memberi perkembangan terkini kepada Tuanku.
“PH tidak mencalonkan sesiapa (Menteri Besar baharu),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang juga keluar serentak memaklumkan perkara sama.
“Hanya mendoakan yang terbaik untuk semuanya,” kata ketiga-tiga pemimpin PH berkenaan.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/650884/tiada-calon-mb-dikemukakan-ph-perak