Dikecam kutuk Bahasa Melayu ‘aneh-aneh but fun’, pelancong Indonesia tampil mohon maaf

Dikecam kutuk Bahasa Melayu ‘aneh-aneh but fun’, pelancong Indonesia tampil mohon maaf

 

Tindakan seorang pelancong dari Indonesia yang baru pertama kali ke negara ini telah mengundang rasa kurang senang netizen.

Dalam satu video tular, lelaki yang dikenali sebagaiYusuf Hendrantodidakwa telah memperlekehkan Bahasa Melayu semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

“Saya sudah tiba di lapangan terbang, ada beberapa ayat yang buat saya ketawa habis-habisan. Antara kalimatnya adalah tuntutan bagasi. Dituntut ngak tuh?”

Menerusi rakaman terbabit, lelaki itu turut menyatakan bahawa ini kali pertama dia datang ke Malaysia yang menyebabkan dia agak aneh apabila mengetahui perkataan dalam Bahasa Melayu.

Lelaki tersebut juga menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dia datang ke Malaysia dan ia membuatkan dia rasa kekok apabila mempelajari perkataan dalam Bahasa Melayu.

“Pertama kali datang ke Malaysia, pertama kali baca bahasa Melayu agak aneh but fun, saya ketawa-ketawa sendirian di sini.”

Berikutan dengan kelakuan lelaki tersebut ia telah mengundang kecaman orang ramai, antara kecaman yang dia terima adalah kecaman yang datangnya daripada orang dari Sumatera sendiri.

Individu itu juga meluahkan rasa malunya terhadap sikap lelaki ini yang berada di negara orang.

Malah lelaki ini juga banyak menerima mesej kecaman netizen yang meminta dia untuk agar menunjukkan rasa hormat bila berada di tempat orang, bukan sahaja di Malaysia malah di negara lain juga.

Screenshot 2024 05 02 152250

Oleh sebab itu, lelaki ini tampil buat permohonan maaf secara terbuka dan membuat penjelasan bahawa niatnya itu bukanlah mahu merendah-rendahkan sesuatu negara itu.

Harap lepas ini faham sensitiviti negara orang, tak semua orang ‘sekepala’ dengan kita.