Didakwa cuba jatuhkan Melayu, lelaki ini ‘londehkan rahsia’ pemuda UMNO Ketereh

Didakwa cuba jatuhkan Melayu, lelaki ini ‘londehkan rahsia’ pemuda UMNO Ketereh

 

KENAPA AHMAD HELMIE HASSAN MEROYAN DI WALL AKU?

Dia meroyan di post SCRUT PENGARAH MDEC anak Kak Jat tu. Aku tak faham kenapa dia butthurt sangat. Adakah dia juga dapat jawatan dan gaji sebagai kroni lantikan? Atau dia memang menyokong budaya projek pembodohan?

Business model aku cari salah orang? Minum ketum apa mamat songkok tinggi ni? SCRUT adalah budaya yang aku lahirkan untuk memeriksa fakta dan data. Berhujah atau mengkritik dengan fakta dan data. Kalau fakta dan data aku salah, mohon betulkan, aku boleh minta maaf.

So, aku didik masyarakat untuk sentiasa dengan #mindaskeptikal dan #evidencebased. Mereka sendiri boleh SCRUT apa-apa berita yang dilaporkan dan diviralkan. Aku dah siap sediakan toolsnya. Takkan ajaran ni menjatuhkan Melayu?

Bermain racial card yang menyokong kezaliman dan ketidakadilan adalah asabiyah yang diharamkan. Aku taktau apa business yang anak Kak Jat buat yang aku jatuhkan. Aku kritik MDEC. Kalau betul aku kritik business orang Melayu sekali pun, apa masalah?

Kalau dapat projek dengan kroni, dapat softloan sebab cable dan dapat geran sebab nepotisme. Adakah perkara ini baik untuk Melayu, anak muda, orang biasa yang lebih capable dari segala elitis politkus itu?

Ohya, Ahmad Helmie ini pemuda UMNO Ketereh based on Google. Aku tak faham. Masih ada orang UMNO yang masih berfikiran kolot dan keji sebegini. Aku perpandangan, orang UMNO bermentaliti sebegini mesti dikuburkan daripada UMNO.

Di saat sahabat-sahabat aku daripada UMNO bersetuju dengan aku. Tidak berpuas hati terhadap lantikan anak Kak Jat tersebut, ada seorang ahli UMNO tersesat mendukung agenda pembodohan rakyat.

Aku harap dia seorang sahaja dan ia kes terpencil dalam UMNO. Kalau UMNO memang masih berperangai sebegini, aku kira masa depan UMNO akan malap kembali.

Rasanya mereka yang follow aku dari awal tahu apa sumbangan aku kepada masyarakat, selepas 3 bulan SCRUT meraih populariti, kesemua keuntungan SCRUT dibuat geran kepada startup baru yang dinamakan #SCRUT4Startup.

Ketika negara diserang pandemik, SCRUT mengeluarkan bantuan cash handout yang dinamakan #SCRUT4Marhaen. IFMAL juga mengeluarkan bantuan #IFMALberAMAL. Bahkan aku sendiri memberikan cash handout melalui page ini.

Itu semua atas kapasiti diri sendiri. Aku takda NFC yang ada 200 juta, aku takda kedudukan dalam GLC atau agensi kerajaan. Belum kira lagi syarikat anak-anak muda yang aku invest, aku sediakan platform sebagai social enterprise. Ahmad Helmie buat apa ya?

Jadi nak ajar aku apa aku kena buat rasanya tak sesuailah ia datang daripada seorang UMNOwiyun yang kelakar. Belum kira masa melawan kes adik Bella yang tiada sekor politikus UMNO yang nak tolong kami. Mana Ahmad Helmie ketika itu?

Melayu takkan berjaya dengan penzaliman dan penindasan terhadap bangsa sendiri. Zikir racial card sebegini adalah sangat facist dan jijik.

Nasiblah ramai kawan-kawan UMNO aku tak macam Ahmad Helmie Hassan..

;p

BISNES GAYA PEMUDA UMNO KETEREH YANG SORANG TU!

Ahmad Helmie Hassan ialah pemuda UMNO Ketereh. Dia juga seorang usahawan, apa dia berniaga, aku taktau. Jadi aku telah run SCRUT Analytica dan telah menemui satu syarikat yang dia jadi pengarah dalamnya. Nama syarikat itu adalah ISS Aquatech.

Dalam dia asyik bertempik yang aku ni nak menjatuhkan Melayu, dia yang kononnya pejuang Melayu, aku rasa curiga pada satu company yang dikuasai penuh oleh orang Cina tetapi dia dan kawannya menjadi pengarahnya.

Dengan menggunakan Interepo (www.interepo.com), aku lakukan semakan. Aku mendapati yang syarikat tersebut dimiliki oleh :

1. Ng Kean Seng 84.9%
2. Voob Siau Wei 15%
3. Ungku Adika 0.1%
4. Ahmad Helmie 0.0%

Tetapi, pengarah-pengarah kepada syarikat ini adalah 2 orang Melayu :

1. Ungku Adika
2. Ahmad Helmie

Dalam dunia business, syarikat yang dimiliki oleh Cina tetapi di-fronting oleh Melayu dipanggil Ali Baba, atau cap masjid. Tetapi, mungkin kerana skill dan pengalaman dia yang power, maka syarikat Cina itu menggunakan khidmatnya.

Atau mungkin kerana dia merupakan graduan dari UK maka dia layak jadi pengarah di syarikat tersebut sebagaimana anak Kak Jat graduan Ivy League layak jadi pengarah di MDEC.

Ivy League dapat agensi kerajaan, graduan UK jadi pengarah syarikat Cina. Ke guane?

Padanlah takda syarikat Cina, GLC dan agensi kerajaan nak ambil aku jadi pengarah. Mungkin sebab aku :

1. Bukan orang politik.

2. Bukan anak orang politik.

3. Bukan graduan Ivy League yang takda success story.

4. Bukan graduan UK yang ada jawatan politik bahagian.

Kan?

Takpalah, aku merangkak jela cam biasa.

#HeilMarhaen

😉

Aliff Ahmad