Wanita maut selepas kaki dicakar kucing peliharaan

Wanita maut selepas kaki dicakar kucing peliharaan

 

Wanita maut selepas kaki dicakar kucing peliharaan

Seorang wanita meninggal dunia akibat penyakit rabies (penyakit anjing gila) enam bulan selepas dicakar oleh kucing peliharaan sendiri.

Menurut seorang pakar perubatan, mangsa, VTTD berusia 53 tahun itu dicakar pada bahagian kaki oleh kucingnya dalam kejadian pada 25 Mei tahun ini.

Wanita berasal dari wilayah Ba Ria-Vung Tau, Vietnam itu pada mulanya mengalami pendarahan kecil dari awal tetapi tidak mendapatkan suntikan vaksin rabies.

Penjaga kucing itu meninggal dunia pada 25 November selepas menjalani beberapa rawatan kerana mengalami gejala demam, sakit tekak dan keletihan.
Ini selepas keputusan ujian PCR (tindak balas rantai polimerase) yang dikeluarkan oleh hospital untuk penyakit itu mengesahkan kehadiran virus rabies.

Mengikut pendedahan keluarganya, kucing yang mencakar mangsa itu menunjukkan tingkah laku agresif luar biasa selepas melahirkan anak.

Mereka juga mengatakan kucing itu tidak pernah diberi vaksin rabies sebelum ini.