Dakwa anugerah dimenangi Maryam Muzamir adalah ‘scam’, penganjur pula tampil jawab tuduhan

Dakwa anugerah dimenangi Maryam Muzamir adalah ‘scam’, penganjur pula tampil jawab tuduhan

 

Penganjur tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh seorang lelaki yang menyatakan bahawa pertandingan yang dimenangi oleh Maryam Muzamir itu seolah acara ‘scam’ dan dibuat untuk mengelirukan orang.

Dalam ciapan panjang lelaki terbabit, beliau curiga dengan anugerah yang disertai Maryam. Malah, individu tersebut memberitahu dia tidak mengetahui anugerah itu walaupun dia tinggal di Toronto.

Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) selaku penganjur berkata bahawa ciapan yang dibuat oleh lelaki tersebut adalah ‘maklumat yang mengelirukan’ dan dibuat tanpa ilmu yang jelas bagaimana TISIAS dan iCan dijalankan.

“Kami mencipta jenama kami sebagai permulaan dan strukturnya di mana TISIAS adalah organisasi swasta yang tidak ada kaitan dengan Kerajaan Kanada, tetapi kami membina reputasi kami melalui kerjasama dengan banyak persatuan, universiti, sekolah, pusat penyelidikan dan perusahaan di seluruh dunia,” katanya.

TISIAS turut menjawab bahawa nama perniagaan mereka sudah didaftarkan di bawah service Ontorio dan mereka mempunyai Master Business License.

Penganjur juga mengakui bahawa alamat pejabat yang tertera di carian Google mereka adalah alamat rumat atau lebih tepat adalah kondominium. “Kami gunakan itu sebagai ruang pejabat untuk bersiap sedia dengan acara tersebut, kami tidak tahu apa yang salah dengan itu.”

Selain daripada emel, pihak penganjur turut menitipkan surat sokongan kepada Maryam sambil mengucapkan tahniah kepadanya. Difahamkan bahawa lelaki yang mendakwa bahawa acara ini ‘scam’ telah bertindak menyekat akaun TISIAS di Twitter.

Maryam sebelum ini berjaya memenangi kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang dianjurkan oleh TISIAS selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang.

Dia yang berumur 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist itu beroleh kejayaan dengan mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara dan menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.

Malah, dia turut mendapat perhatian dunia daripada rancangan TV terkenal iaitu The Late Late Show With James Corden dam dia turut mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber: Vocket