“Dah takde bullets..” – Didi Astillah dedah muncul di podcast rupanya ‘last plan’ Ruhainies & Aliff Aziz?

“Dah takde bullets..” – Didi Astillah dedah muncul di podcast rupanya ‘last plan’ Ruhainies & Aliff Aziz?

 

Kontroversi Aliff Aziz terus hangat apabila adik iparnya, Didi Astillah mendakwa penjelasan penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura itu dalam temubual podcast yang tular, kelmarin, sebagai ‘wayang’ semata-mata.

Antara lain, Didi mendakwa penjelasan Aliff dalam temubual bersama podcast The Common Folks berhubung apa yang dikatakan kemelut menimpanya, sejak akhir-akhir ini, sebagai helah dan rancangan untuk memberi gambaran buruk terhadap kakaknya, Bella Astillah.

“Jalan terakhir hendak jatuhkan Kak Long (panggilan kepada Bella) selepas pakai ‘cyber-tropper’ tidak berjaya.

“Adakah ini yang dikatakan rumah tangga berantakan (kalian boleh periksa tarikh). Rumah tangga mereka elok sahaja,” luahnya dalam hantaran Instagram (IG).

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, mendakwa layanan bak puteri terhadap Bella seperti yang dikongsi Aliff dalam temubual podcast terbabit hanyalah bersifat sementara.

“Untuk pengetahuan awak, Kak Long saya sudah bagi awak layanan bak putera selama 10 tahun,” katanya.

Didi turut menafikan dakwaan Aliff konon dia dan Bella tidak mempunyai komunikasi baik selepas insiden curang.

Didi memuat naik tangkap layar mesej dihantar Bella kepada Aliff merayu agar suaminya memberi lebih perhatian kepada anak-anak yang dahagakan kasih sayang bapa.

May be an image of 2 people and text

Dalam hantaran berbeza, Didi berkongsi foto memaparkan Aliff, Bella dan anak-anak bercuti di Pulau Pinang, Januari lalu, lantas mendakwa bertentangan dengan pengakuan Aliff bahawa hubungan mereka retak sejak November 2023.

May be an image of 6 people and text that says 'didiangelastillah 7h January ©LIVE MAliff Aliff Bella 2 Ayden 2nd January 2024 kitorang sekeluarga bercuti ke Penang.. Reply to didiangelastilaasih bahag'

Krisis rumah tangga Aliff dan Bella semakin parah selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Tidak tahan terlalu kerap dicurangi, Bella mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu.

Keadaan bertambah tegang selepas muncul Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya kekasih Aliff. Sarah membuka aib beberapa selebriti tempatan melalui bukti yang didakwa diperoleh daripada telefon pintar Aliff.