Covid-19: Kes naik semula, 9 negeri catat peningkatan

Covid-19: Kes naik semula, 9 negeri catat peningkatan

 

Sembilan negeri dan wilayah di seluruh negara kembali merekodkan lonjakan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Negeri yang kembali mencatatkan peningkatan membabitkan Selangor sebanyak 4,371 kes baharu berbanding 3,567 kes semalam, diikuti Sarawak (2,285 baharu, 2,028 semalam); Sabah (2,594 baharu, 2,310 semalam); dan Perak (1,204 baharu, 1,144 semalam).

Kelantan pula mencatatkan 1,479 kes baharu, berbanding 1,308 semalam; diikuti Kuala Lumpur (1,003 baharu, 672 semalam); Pahang (798 baharu, 788 semalam); Terengganu (608 baharu, 544 semalam); dan Melaka (417 baharu, 395 semalam).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 20,897 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 19,268 yang direkodkan semalam.

Labuan mencapai imuniti kelompok setelah merekodkan 93.1 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat semalam, mencatatkan satu kes baharu.

Sumber: agendadaily