Wanita terpaksa selongkar tapak pembuangan sampah, tak sengaja buang cincin berlian RM52,000

Wanita terpaksa selongkar tapak pembuangan sampah, tak sengaja buang cincin berlian RM52,000

 

Wanita terpaksa selongkar tapak pembuangan sampah, tak sengaja buang cincin berlian RM52,000

Seorang wanita terpaksa menyelongkar tapak pembuangan sampah selepas secara tidak sengaja membuang cincin berlian bernilai lebih 400,000 baht (RM52,000), lapor Bangkok Post.

Seorang wanita Bangkok yang mahu dikenali sebagai Ning, 36, menyiarkan video menerusi dalam talian pengalamannya itu, selain turut memberikan amaran kepada orang lain.

Hantaran itu mencapai lebih dua juta tontonan menerusi TikTok pada Selasa.

Dia memberitahu media tempatan bahawa dia bekerja di tapak pembinaan dan tinggal di sebuah kediaman di daerah Muang, wilayah Nakhon Phanom.

Katanya, pada pagi 23 Oktober, dia menanggalkan cincin itu, membalutnya dengan tisu tandas, meletakkan di tepi dan mencuci tangannya.

Bagaimanapun, dia terlupa untuk memakainya semula, meninggalkannya dan kertas tisu tandas itu kemudiannya dimasukkan ke dalam tong sampah di luar rumah.

Apabila menyedari apa yang telah dilakukannya, dia berusaha cuba menjejaki lori sampah yang membuat kutipan secara tetap di kawasannya.

Dia kemudian berasa risau apabila mengetahui sampah itu dibuang di tapak pelupusan sampah wilayah di tambon Pho Tak.

Dengan keadaan terdesak, dia bertindak mengupah kira-kira 20 orang bagi membantunya untuk mencari cincin itu.

Tiga puluh jam 30 jam kemudian, Ning sendiri menemui cincin itu dalam timbunan sampah.

Ning berkata, ia adalah satu keajaiban apabila dia yang menemuinya kerana tapak pelupusan sampah itu seluas kira-kira 28 hektar.

Katanya, walaupun cincin itu berharga lebih 400,000 baht, nilai monetari bukanlah aspek yang paling penting dalam kerugian.

Menurutnya, ini disebabkan cincin itu mempunyai nilai sentimental yang besar padanya kerana ia cincin perkahwinannya.