Bumi bakal mempunyai ‘bulan mini’ selama dua bulan bermula 29 September

Bumi bakal mempunyai ‘bulan mini’ selama dua bulan bermula 29 September

 

Mulai minggu depan, bumi akan menerima ‘tetamu baru’ di langit iaitu ‘mini moon’ atau bulan mini. Bermula dari 29 September hingga 25 November, sebuah objek angkasa yang diberi nama ‘2024 PT5’ yang dipercayai sebagai asteroid oleh para saintis, akan berputar mengelilingi Bumi.

Bagaimanapun, saiz objek tersebut hanya berukuran kira-kira 10 meter dan dijangka sangat sukar untuk dilihat dari permukaan bumi. Namun, kehadirannya tetap dianggap fenomena menarik kerana ia akan mengelilingi bumi hampir dua bulan.

Asteroid ini ditemui oleh NASA pada 7 Ogos lalu dan berasal dari lingkaran asteroid Arjuna, yang berkemungkinan akan kembali meninggalkan orbit bumi.

Para penyelidik berkata, Bumi adakalanya dapat ‘menangkap’ asteriod daripada populasi Objek Berdekatan Bumi (NEO) dan menariknya ke dalam orbit, menjadikannya sebagai bulan mini.

NEO merujuk kepada mana-mana badan, asteroid atau sebaliknya, yang ‘dorongan’ oleh daya tarikan graviti planet berdekatan sehingga mereka berada di kawasan Bumi.

NASA mempunyai programnya sendiri untuk mengesan lokasi dan orbit puluhan ribu asteroid, dengan halaman data untuk setiap NEO, termasuk parameter orbit dan ringkasan pendekatan dekat.

Pengarah Pusat Kajian NEO di Jet Propulsion Laboratory NASA, Paul Chodas berkata, 2024 PT5 mungkin merupakan sebahagian daripada serphan angkasa, hasil daripada impak di bulan, bermakna bulan mini ini mungkin berasal daripada sebahagian bulan.