“Buat kerja guna otaklah bai” – Gara-gara kotak DB susah dibuka, juruelektrik ‘sound’ Interior Designer

“Buat kerja guna otaklah bai” – Gara-gara kotak DB susah dibuka, juruelektrik ‘sound’ Interior Designer

 

“Buat kerja guna otaklah bai” – Gara-gara kotak DB susah dibuka, juruelektrik ‘sound’ Interior Designer

Baru-baru ini, seorang juruelektrik yang dikenali sebagai Azrizal Aziman meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana sukar menjalankan kerja pemeriksaan elektrik di sebuah rumah gara-gara kotak kawalan papan pengedaran elektrik (DB box) yang telah diubahsuai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakarelektrikmalaysia, kelihatan penutup pada kotak DB berkenaan tidak dapat dibuka sepenuhnya.

“Interior designer, buat kerja pakai otak lah, ini buat kerja takde otak, menyusahkan orang,” kata Azrizal yang bengang dengan pereka dalaman rumah terbabit.

Dalam video tersebut, kelihatan Azrizal yang juga Pengarah Urusan Mah Bayu Engineering perlu membuka sepenuhnya penutup kotak DB terbabit sebelum kerja-kerja pemeriksaan elektrik dapat dilakukan.

Menurutnya, kesukaran dalam melakukan pemeriksaan elektrik kerana pengubahsuaian rumah sebegini adalah pengalaman yang kedua dilaluinya.

Secara asasnya, pengubahsuaian rumah bukanlah dilarang, namun perlulah berpada-pada agar tidak menghalang pihak teknikal untuk melakukan kerja pembaikan atau pemeriksaan sekiranya perlu.

@pakarelektrikmalaysia

Buat Kerja Tak Guna Kecerdikan #mahbayuengineering #fyp

♬ original sound – MAH BAYU ENGINEERING (M) SB – MAH BAYU ENGINEERING (M) SB

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video berkenaan.

Kebanyakan orang tidak bersetuju dengan cara teguran juruelektrik terbabit yang disifatkan sebagai kasar.

Selain itu, ada juga yang berpendapat permukaan yang menutup DB box itu boleh sahaja dibuka dan digam semula selepas kerja pemeriksaan selesai.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa pereka dalaman tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana setiap kesan pengubahsuaian telahpun diterangkan kepada pemilik rumah sebelum ia dilakukan.