Bosan hidup mewah, Iqbal Zulkefli pernah habiskan RM1 juta dalam seminggu

Bosan hidup mewah, Iqbal Zulkefli pernah habiskan RM1 juta dalam seminggu

 

Bosan hidup mewah, Iqbal Zulkefli pernah habiskan RM1 juta dalam seminggu

Sudah bosan hidup mewah, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjual barangan berjenama miliknya kerana kebanyakannya tidak digunakan.

Iqbal, 30 berkata, pada tahap sekarang dia tidak lagi memikirkan kemewahan sebaliknya mahu memberi fokus terhadap perniagaan diusahakan.

“Banyak barang mewah milik saya berharga ratusan ribu ringgit, ada juga dapat tajaan.

“Barangan mewah yang saya tak pakai pun saya jual semula. Bosan juga terlalu mewah. Sekarang banyak fikir bisnes sahaja,” katanya.

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka di Instastory miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Iqbal mendedahkan dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu bagi memenuhi sikap boros.
Bagaimanapun kata Iqbal, dia berjaya mengikis sikap tersebut kerana banyak komitmen lain perlu didahulukan berbanding kehendak diri.

“Beberapa tahun lalu saya sempat boros. Saya boleh habiskan RM1 juta dalam seminggu sahaja tanpa sedar.

“Sekarang jauh berbeza. Banyak komitmen yang perlu dibayar. Tambah-tambah hasil pendapatan itu daripada saya sendiri,” jelasnya.