Akhirnya terjawab, Bonda Rozita kongsi foto bersama suami baru di Makkah

Akhirnya terjawab, Bonda Rozita kongsi foto bersama suami baru di Makkah

 

Akhirnya terjawab, Bonda Rozita kongsi foto bersama suami baru di Makkah

Teka-teki mengenai status perkahwinan Rozita Ibrahim akhirnya terjawab selepas usahawan itu berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram.

Menerut Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita, pendedahan itu dibuat susulan ramai pengikut yang tertanya-tanya mengenai status perkahwinannya.

Menerusi ruangan kapsyen, ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang kini berada di Kota Suci Makkah bagi mengerjakan umrah ini turut menitipkan doa buat dirinya, suami dan anak-anak.

Usahawan itu memohon keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT untuk dirinya dan keluarga serta memohon agar diberi kekuatan untuk menjadi hamba yang lebih baik.

Bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, kami datang kepada-Mu dgn hati yang penuh harapan & tangan yang menadah keampunan.

Kami hamba Mu yang lemah , penuh dosa & kekurangan, namun kasih sayang-Mu tak pernah bertepi. Ampunkanlah kami, Ya Allah, atas segala khilaf kami, yang sengaja mahupun tidak.

Dia juga berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus beribadah dengan ikhlas dan istiqamah, serta memohon agar hatinya dan seluruh umat Islam dibersihkan daripada segala noda dan sifat mazmumah.

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, timbul dakwaan mengata Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.

Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.

Kemudian, anak kepada Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan usahawan itu dengan suami terdahulu.