“Bila orang menghina..” – Anak dikutuk seperti bibik, ibu Zahirah Macwilson bersuara
Hangat diperkatakan di media sosial mengenai pelakon Fathia Latiff yang secara tiba-tiba menyerang rupa paras Zahirah Macwilson.
Kata Fathia, Zahirah kelihatan seperti seorang bibik dan bibir mungil itu didakwanya dibuat di Australia. Kalau tengok di Instagram, ada banyak lagi ayat-ayat provokasi yang dilemparkan Fathia. Aduhai..
Setakat ini, Zahirah tidak memberi sebarang respon untuk membalas kenyataan Fathia. Namun, ibunya Maslinda Yusoff ada memuat naik foto anak memuji kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
Di ruangan komen, para peminat memberikan kata-kata semangat meminta keluarga ini mengabaikan provokasi yang sengaja dibuat Fathia.