“Bila minta bersama kerap kali tolak, dah macam mengemis, nak pesan, jangan sampai awak bermadu”

“Bila minta bersama kerap kali tolak, dah macam mengemis, nak pesan, jangan sampai awak bermadu”

 

Baru-baru ini, seorang suami meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap isterinya yang enggan melaksanakan nafkah batin terhadapnya.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu mengadu isterinya itu seringkali menolak setiap kali diajak untuk bersama. Malah wanita itu dikatakan memberi pelbagai alasan kepada suaminya.

Kepada si isteri, abang dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Satu je abang minta, layan abang seperti manusia. Bila minta bersama awak kerap kali tolak, alasan penat. Dah macam mengemis.

Sementara itu, si suami akui tidak faham mengapa isterinya itu kerap memberi alasan penat sedangkan dia lanngsung tidak mengganggu hari kerja isterinya.

Saya tak minta hari bekerja ya, saya minta waktu hujung minggu. Satu je nak pesan, jangan sampai awak bermadu. Ya, saya mampu.

Image

Menjengah ke ruangan komen rata-rata wargamaya menasihati si suami agar tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berpoligami sebaliknya duduk berbincang dengan isteri mengenai perkara tersebut.