“Biadap dengan rezeki..” – Wanita koyak RM100 depan-depan lepas Ustaz bayar ganti rugi kereta tercalar

“Biadap dengan rezeki..” – Wanita koyak RM100 depan-depan lepas Ustaz bayar ganti rugi kereta tercalar

 

Bagi orang susah, RM100 itu besar nilainya. Ia boleh buat beli beras, telur, barang-barang dapur kering dan boleh juga buat belanja anak sekolah.

Tapi bagi “orang berduit”, RM100 itu mungkin kecil kerana sekali makan di restoran berjenama nilainya lebih dari itu sedangkan “makan” ini hanya sekadar mengalas perut.
Namun biadap atas rezeki adalah satu perkara yang sangat buruk akhlaknya.

Tindakan seorang wanita (tidak dinyatakan siapa orangnya) yang bertindak mengoyak wang RM100 selepas beremosi keretanya tercalar sedikit hanya segoresan kuku di kawasan rawat dan rehat Gurun seperti dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Yusof dan kemudian di kongsi di Tik Tok usahawan @Anaszahrin membuatkan ramai berasa betapa tidak retinya bersyukur wanita ini.

Menurut Ustaz Ahmad yang berkongsi luahan ini, mereka ada berhenti di kawasan R&R Gurun dan ketika pembantunya membuka pintu kereta, berlaku sedikit sentuhan pada kenderaan sebelah.

Ekoran itu, kereta wanita berkenaan tercalar sedikit, hanya sedikit goresan kuku.

“Bila dia mula marah-marah dan emosi, pembantu panggil saya keluar dari kereta. Dia merakam muka saya dan staff saya dan kalau viral hal ini, inilah penjelasan dari saya.
“Bila saya di hadapannya, dia terus bercakap bahasa Inggeris dan kemudian meminta saya membayar ganti rugi di atas calar sedikit itu.

“Dia kata RM100 walau pun goresan calar itu hanya sedikit. Terlalu sedikit.

@anaszahrin

Ya Allah…Ustaz @AhmadYusof sampainya hati dia buat macam tu 🥺😭😭😭

♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Jelas Ustaz Ahmad lagi, selepas dia membayar wang berkenaan, wanita itu bertindak lebih termasuk biadap dengan rezeki apabila terus mengoyak wang kertas berkenaan di hadapannnya seolah menghina rezeki dari Allah.

“Soalnya inikah akhlak seorang indvidu? Jelasnya ini bukan akhlak tapi biadap dengan rezeki,” katanya. Dalam pada itu, jelas Ustaz Ahmad akui dia agak terasa dengan tindakan wanita berkenaan.

“Kalau dia menerima wang itu, saya tiada apa dan hal ini dah diselesaikan dengan cara baik. Tapi tindakannya mengoyak wang (rezeki) itu buat saya terasa sedikit katanya lagi.