“Dari talent jadi suami..” – Jadi duta jumpa jodoh, Beymad nikahi ‘influencer’ kambing perap terkenal

“Dari talent jadi suami..” – Jadi duta jumpa jodoh, Beymad nikahi ‘influencer’ kambing perap terkenal

 

Pendakwah Ahmad Mohd Yusof atau mesra disapa Beymad nikahi pempengaruh, Nurina Izzyani (Izz) dan menjadi sorotan netizen, hari ini di media sosial.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM2,000.

Menerusi perkongsian di TikTok PakMatWestern, Beymad meluahkan rasa syukur dan bahagia selepas disatukan dengan pilihan hati yang dikenalinya ketika menjadi duta produk makanan sejuk beku itu.

Dalam video itu, anak sulung daripada lima beradik itu mengenakan jubah putih, sedondon dengan pasangannya.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan, Izz.

“Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur (dengan perkahwinan),” ujarnya.

Sementara itu, Izz juga meluahkan rasa bersyukur kerana Allah mempermudahkan segalanya.

“Dari talent jadi suami. Doakan kami okay,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah buat Beymad dan Izz selain sempat berseloroh mahu menonton filem mengenai kisah cinta mereka yang dipercayai bertemu di PakMat Western.

@pakmatwesterncafee

Tak jawab dosa 😂 #fyp #izzmad

♬ original sound – pakmatwesternhq – pakmatwesternhq