“Baru teaser, pantun belum dijual..” – Aisyah Hijanah jawab 3 dakwaan, ini pula respon PW Community

“Baru teaser, pantun belum dijual..” – Aisyah Hijanah jawab 3 dakwaan, ini pula respon PW Community

 

Pempengaruh, Aisyah Hijanah nafi dakwaan yang mengaitkannya dengan beberapa tuduhan tidak berasas sebuah laman Facebook dikenali sebagai PW Community.

Menerusi hantaran di Instagram, Aisyah Hijanah menjawab tiga pertuduhan yang dikeluarkan oleh laman Facebook berkenaan dimana menepis pertuduhan perkahwinan kedua suaminya sekadar konten bagi meraih simpati, memberhentikan pekerja jika mempersoalkan audit syarikat serta menggunakan kutipan derma untuk kegunaan peribadi.

Dia yang menjawab satu persatu pertuduhan tersebut telah menyertakan sekali sijil nikah perkahwinan kedua suaminya, Mohd Hazalif bin Mohd Hazani atau Alif Teega.

Dia juga menjawab tuduhan dimana ada bekas pekerja yang diberhentikan kerana mempersoalkan isu audit syarikat yang dikeluarkan oleh PW Community.

Jelasnya, memang ada pekerja yang diberhentikan, namun bukan disebabkan dakwaan berkenaan kerana ia berkaitan tingkah laku serta etika dalam syarikat.

Menerusi tuduhan ketiga yang dibuat, Aisyah menafikan dakwaan menggunakan kutipan derma bagi kepentingan peribadi kerana mempunyai resit sah dan membuat video sebagai bukti kepada para penderma.

Tegasnya, syarikat Hijanah mempunyai audit yang jelas setiap tahun dan cara jualan syarikat tersebut sama seperti syarikat-syarikat founder di media sosial.

Justeru itu pempengaruh tersebut yang dalam perjalanan mengerjakan haji ketika ini sedia maklum dengan semua dakwaan bereknaan dan telah menyerahkan segala bukti kepada peguam untuk perbicaraan di mahkamah kelak.

Dalam pada itu, laman Facebook PW Community seakan memerli pempengaruh terbabit kerana segera menjawab ketiga-tiga pertuduhan tersebut sedangkan baru sedikit pendedahan dibuat.

“Await hang menggelupur Aisyah? 

Baru teaser, pantun belum dijual tapi dah berbalas,” tulis laman Facebook berkenaan.

Terdahulu, Facebook berkenaan telah memuat naik beberapa dakwaan mengaitkan Aisyah Hijanah dan Alif Teega berkaitan syarikat mereka.

Pendedahan yang dibuat sedikit sebanyak membuatkan ramai terkejut kerana sebelum ini tiada sebarang masalah berkaitan syarikat mereka walaupun ada beberapa hal kontroversi melibatkan pasangan tersebut sebelum ini.