“Bang, bukan macam tu..” – Aksi selamba lelaki makan kulit durian siap cicah sambal raih perhatian
Satu perkara yang seronok kalau kita tengaok content pelancongan di media sosial ini adalah melihat pelancong mencuba pelbagai makanan di sesebuah negara.
Nak dipendekkan cerita, seorang TikToker yang sering berkongsikan juadah makanan ketika dia merantau ke pelbagai negara ini menerima komen daripada netizen yang memintanya mencuba makan buah durian.
Saranan daripada warganet itu mendapat perhatiannya dan dia memberikan respon dalam satu video menunjukkan dirinya memakan raja buah itu.
Bagaimanapun, cara TikToker yang dikenali sebagai Gamiya Travel ini begitu pelik kerana memakan kulit durian tersebut yang dicecah bersama sambal.
@gamiyatravel Duriyan
Dalam masa 5 hari ia dimuat naik video yang telah meraih lebih hampir 4 juta tontonan itu telah menarik perhatian netizen terutamanya dari Malaysia. Pastinya mereka rasa terkedu melihat kelakuan lelaki ini.
Kalau diperhatikan mungkin ia hanya content semata-mata je kot, sebab bila min scroll profile dia ada je video aneh lain dia buat, macam makan aloe vera, makan beras dan macam-macam lagi, Cuma tu lah, kulit durian tu kan tajam. Risau!