Anwar terus dihormati
Lepas seorang demi seorang kedutaan asing ke negara ini mengadakan kunjungan khormat ke atas Anwar Ibrahim dan bertukar² pendapat mengenai hubungan kenegaraan.
Dua tiga hari lepas tujuh kedutaan asing, Qatar, Oman, Yaman, Arab Saudi, Pakistan Afghanistan dan Kwait mengadakan pertemuan dan makan malam bersama Anwar dan isteri.
Hari ini duta AS ke negara ini Brian Mcfeeters pula mengunjungi ke pejabat Anwar. Dalam kesempatan itu mereka berbincang beberapa perkara untuk kepentingan bersama tentunya perihal ekonomi dan kesihatan.
Sedikit aneh dengan penghormatan yang mereka berikan kepada Anwar itu. Kunjungan itu menandakan betapa Anwar dihormati dan dipandang tinggi oleh negara² tersebut.
Bayangkan dengan hubungan dan jalinan persahabatan Anwar dan penghormatan diterima itu betapa Malaysia mendapat manfaat besar kalau Anwar adalah pemimpin nombor satu, PM.
Apakah kunjungan dan penghormatan duta² asing terhadap Anwar itu mereka mahu mengajar atau memperlikan rakyat negara ini sepatutnya mereka mengangkat Anwar sebagai perdana menteri bukannya pemimpin lain?
Saya terasa seperti itu, anda entahlah.
Sumber: Mohd Sayuti Omar II