Anwar tak perlu berundur, cukup undurkan Penasihat di sekelilingnya

Anwar tak perlu berundur, cukup undurkan Penasihat di sekelilingnya

 

Ini pandangan peribadi aku, raikan perbezaan. Ds Anwar tak perlu berundur, cukuplah Penasihat di sekelilingnya diundurkan dari kalangan sebahagian kepimpinan PKR sendiri sebab orang keliling inilah kadangnya buat Ds Anwar terpisah dari kepimpinan Amanah dan DAP. Mungkin juga ada baik struktur dan organisasi PH disusun semula.

Masalah yang dihadapi PH bukan hanya aku lihat ketika PRN Melaka. Malah dalam banyak move sebelum ini yang dilihat bersendiri. Ds Anwar dilihat seperti terkepung dengan gerombolan Pemimpin dan Penasihat yang gelojoh dan mempunyai cita cita tinggi. Mereka ini mungkin ada dalam Majlis tertinggi terutama dalam PKR, mereka cuba jauhkan dari rakan PH, dekat pula dengan UMNO.

Mereka inilah yang gelojoh, menjerit jerit menggerakkan Kempen untuk menabalkan Ds Anwar sebagai PM selepas PRU 2018 sesegerakan mungkin dan mereka juga mudah dipengaruhi tipudaya kartel dan Azmin mencetuskan ketakutan rakan gabungan dalam PH. Ia sama seperti Langkah Kajang.

Langkah Kajang. Sebenarnya tidak ada dosa besar Ts Khalid Ibrahim pun. Kepimpinan Ts Khalid disenangi rakyat tapi begitu mudah Rafizi, Saifuddin Nasution dipergunakan dari kelicikan Azmin, yang tak berpuas hati dengan Ts Khalid Ibrahim itu azmin berkaitan jawatan GLC. Yang jadi mangsa itu Ds Anwar hingga ke Penjara, akhirnya dari langkah tersebut PR berpecah, PAS juga berpecah.

Sekarang pun ada dalam PKR yang punya cita cita Politik peribadi. Umpamanya dalam PRN Melaka. Setelah didesak DAP barulah nama Adly Zahari dinamakan calon KM dari PH, sepatutnya tidak perlu tunggu desakan DAP. Itu konsensus semua parti.

Hakikatnya ada dari kalangan PKR sendiri ada cita cita untuk jadi KM biarpun kepimpinan Adly Zahari itu teruji. Sama seperti Azmin ada cita cita jadi MB dulu biarpun kepimpinan Ts Khalid Ibrahim teruji dan disenangi rakyat.

Peristiwa ini pernah berlaku. Ketika PKR takda calon MB Perak pada 2008. Ketika Nizar Jamaluddin jadi MB Perak, yang dengki itu datang dari Posmen dan Kapten pencen dari PKR, mereka ni takda kelayakan tapi bercita cita tinggi. Maka move pada waktu itu bawa masuk Adun Bota Nasaruddin Hashim keadalam PKR. Masa itu kedengaran ura ura calon PKR bakal menggantikan Nizar.

Jadi aku dengar sendiri dari mulut kepimpinan PKR. Mereka lebih sanggup memuja muji penyangak seperti Najib. Mempercayai Zahid sebelum ini dalam wawancara maka berlaku lah Move pengumuman yang Muhyiddin hilang Sokongan di Hotel tanpa pengetahuan Pemimpin PH.

Ada Penasihat berselfie yang berbangga bertemu dengan kayangan di Johor, kononnya mereka sudah dapat talian hayat dari yang mahakuasa, mereka ini sebenarnya mempunya cita cita Politik.

Langkah di Melaka itu bukan baru. Deal ngan Zahid. Deal dengan UMNO dilakukan masa Langkah Perak lagi. Dan mereka masih tak serik. Dari Dun Perak sampai ke Parlimen. Jadi Ds Anwar tahu siapa punya gerak kerja ini. Sebagai pemimpin sepatutnya kita boleh kenal karakter Politik.

Tapi yang bestnya ada pemimpin hat lompat dari Amanah ke PKR dilihat baik pula. Ya kalau lompat dari Amanah ke PKR, ini real katak beprinsip biarpun luka kan sahabat seperjuangan sendiri. Kalau baca Karakter mereka, kaki ampu.. hat lompat.. Itulah watak Azmin dan Kartelnya dulu.

Sama seperti Zuraidah. Sebenarnya orang Politik ini kita boleh nilai dari cara hidup mereka.. aku Azmin, Zuraidah ketika UMNO dedahkan kereta mewah mereka.. masa tu Ds Anwar tutup mata..sebab apa ? depa ni kuat ampu.. Malah gaya hidup mewah Azmin sudah ditegur BPR/SPRM ketika Ds Anwar jadi TPM dan menteri kewangan lagi..

Persaingan ini sebenarnya datang dari PKR sendiri. Masing masing pun ada cita cita nak jadi Menteri, nak ada kedudukan dalam Politik maka Ds Anwar perlu terlebih dahulu jadi Perdana Menteri. Masa sebelum PRU 14, semua gabungan setuju nama Tun sebagai PM. Yang tak setuju tu Azmin dan Zuraidah tapi merekalah yang khianat. Bukan Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

Bagi aku.. Sepatutnya sejak awal Ds Anwar letaklah kepercayaan kepada Mat Sabu dan Lim Guan Eng.. Tak suka macam mana pun dengan Mat Sabu, bagi aku dia mempunyai pemikiran yg tajam dalam Politik..

Sama seperti aku. Ya mungkin mereka dilihat sebagai pro Tun Mahathir tetapi mereka ini fikrahnya datang dari Politik Almarhum ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz. Aku percaya mereka sedaya upaya meletakkan Ds Anwar sebagai PM. Kesetiaan mereka ini teruji.. 🙂

P/S tak perlu marah marah. Ini hanya pandangan Peribadi.

Ipohmali