Anggota tentera maut selepas pengsan didera ‘commando rest’ dan tekan tubi

Anggota tentera maut selepas pengsan didera ‘commando rest’ dan tekan tubi
Seorang anggota tentera meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman selepas didera anggota senior di kem di Miri, kelmarin.
Anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian itu namun tiada butiran lanjut sama ada anggota senior ditahan untuk siasatan.
Menurut Harian Metro, pada 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.
Namun sebelum bersahur, dua anggota senior mengarahkan mangsa untuk melakukan ‘commando rest’ (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.
Mangsa yang berpeluh kemudian berdiri namun terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.