Anak kongsi momen Ustaz Azhar Idrus hantar daftar kolej, luahan hati undang sebak

Anak kongsi momen Ustaz Azhar Idrus hantar daftar kolej, luahan hati undang sebak
Momen menghantar anak melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tentunya menjadi sangat bermakna buat ibu bapa.
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus juga tidak terkecuali menjalankan tugas sebagai bapa menghantar anak lelakinya Muhammad Rasydan Rayyan, 19, ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Terengganu.
Muhammad Rasydan atau Ash yang mengikuti kursus Teknologi Penyenggaraan Mekanikal berkongsi luahan menerusi laman sosial TikTok miliknya.
Difahamkan, kepada Ustaz Azhar dan ibu Muhammad Rasydan sudah berpisah.
Seperti bapa yang lain, Ustaz Azhar menghantar anaknya ke dorm penginapan.
“Ini rahsia tuhan yang ingin saya ceritakan, Umi dan Abi.
“Kepada umi abi. Terima kasih kerana jaga Ash sejak kecil sampai besar. Terima kasih kerana mengajar Ash menjadi kuat sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik.
“Terima kasih jugk Abi Umi menanggung makanan Ash, Ash tidak pernah meminta tapi Abi dan Umi bagi sahaja tanpa ditanya.
“Ash minta maaf atas dosa besar dan kecil dari dulu sampai sekarang. Ash selalu rindu Umi Abi ketika kalian tidak bersama Ash.
“Ash tahu banyak susahkan Abi dari segi kewangan tapi itu memang nafkah dari Abi untuk Ash dan adik-adik.
“Ketika terakhir pelukan Umi, Ash menangis dalam hati kerana tahu sebagai lelaki Ash kena kuat.
“Terima kasih Umi Abi sudi hantar Ash ke kolej dan sudi angkat barang. Ash suka sangat momen ini, tidak tahu bagaimana nak terangkannya.
“Umi dan Abi, doakan kejayaan Ash.
“Sekian itu sahaja rahsia Tuhan dengan saya,” titipnya di TikTok.
Menerusi hantaran yang lain, Ustaz Azhar turut dilihat melawat anaknya di institusi berkenaan.
@mik0chan__ Ini rahsia tuhan yg ingin saya ceritakan.☝🏻 @Nisyawan @Ustaz Azhar Idrus Kpda umiii abii.. terima kasih kerana jaga Ash dri kecik sampai besar, terima ksih kerana ajar ash jadi kuat sebagai anak sulong dripda 3 adik bradik, terima ksih jugk abi umi tanggung makanan ash, ash tidak pernah meminta ttpi abi dan umi bagi sahaja tnpa ditanye. dan ash mintak maaf atas dosa besar kecik ash yg dri dulu smpai skarangg… Ash selalu rindu umi abi time tkde dengan ash. Ash tahu ash bnyk susahkan abi dri segi kewangan ttpi itu mmg nafkah dri abi untuk ash dan adik2 ash, masa last pelukkan umi ash nangis umi ash nangis dalam hati sorg2 sbb ash thu ash laki ash kene kuat Terima kasih umi abi sudi hantar ash ke college sudi angkat barang, ash suka sangat2 moment ni tk tahu nk describe gane 😓 Doakan ash umi untuk kejayaan ash dan abi jugak… Sekian itu sahaja rahsia tuhan dengan saya☺️❤️🩹
Warganet mengucapkan selamat maju jaya buat Rasydan dan mendoakan agar anak muda itu akan menamatkan pengajian dengan cemerlang.
“Hebat caption awak. Sedang ada golongan anak-anak yang pertikai “berapa patutnya” ibu ayah berikan tetapi awak hadir betulkan erti sebenar anak kepada ibubapa. Semoga cemerlang dunia akhirat, kami terhutang.”
“Semoga berjaya dunia akhirat.”
“Insya-ALLAH selamat maju jaya, moga dipermudahkan urusan.”
“Anak yang baik. Moga kejayaan menjadi milik Rasydan.”